Muslimat telah lalui pelbagai fasa kepimpinan

- Advertisement -

KUANTAN: Dewan Muslimat PAS Malaysia (DMPM), telah melalui pelbagai fasa kepimpinan yang memperlihatkan perkembangan terhadap usaha untuk menerangkan dan menghayati Islam sebagai jalan penyelesaian dalam masyarakat, menurut Ketua Dewan Muslimat PAS Malaysia, Ustazah Nuridah Mohd Sallleh.

- Advertisement -

“Memikul tanggungjawab memimpin wanita Malaysia dengan Islam, kita yakin bahawa dengan ketaatan kepada perintah Allah serta aturannya melalui al-Qur’an, Sunnah, Ijmak dan Qias, kedudukan wanita adalah tiada bezanya dengan lelaki dalam merebut pahala dan redha Allah SWT seperti ditegaskan pada ayat 195, Surah Ali-Imran,” ujarnya ketika dalam ucaptama Muktamar Dewan Muslimat PAS Malaysia ke-59.

Beliau berkata, Dewan Muslimat PAS Malaysia adalah salah satu sayap Parti Islam Se-Malaysia (PAS).

Katanya, segmen wanita yang berfungsi mengikut Perlembagaan PAS Bab 3 Fasal 5 iaitu memperjuangkan dua perkara.

“Pertama wujudnya di dalam Malaysia sebuah masyarakat dan pemerintahan yang terlaksana di dalamnya nilai-nilai hidup Islam dan hukum-hukumnya menuju keredhaan Allah.

Kedua mempertahankan kesucian Islam serta kemerdekaan dan kedaulatan negara,” ujarnya.

Menurutnya, kemuliaan wanita menurut Islam dibuktikan di dalam al-Qur’an dan Sirah. Sekumpulan figura ternama wanita telah diabadikan antaranya Asiyah isteri Firaun, Maryam binti Imran, Siti Hajar, Siti Sarah, Saidatina Khadijah binti Khuwailid,Saidatina Fatimah binti Muhammad SAW, Saidatina ‘Aisyah binti Abu Bakar, Nusaibah binti Kaab, Sumayyah binti Khabath, dan lain-lain.

“Mereka adalah wanita terhormat yang menjadi sanjungan masyarakat sepanjang zaman dan contoh teladan kepada muslimat hari ini.

“Mereka muncul pada zaman kegelapan di timur dan barat. Para wanita dipandang rendah oleh masyarakat tetapi Islam telah mengangkat martabat mereka,” katanya.

Tambah beliau, dengan memiliki keimanan yang tinggi, ketaatan yang tulus kepada Allah SWT dan Rasul-Nya serta kemuliaan akhlak, Allah mengangkat martabat mereka.

‘Wanita sejahtera’ bermakna wanita yang memiliki dan memanfaatkan hak yang diberikan oleh Islam dalam kehidupan secara menyeluruh, katanya.

Malah katanya, sebagai makhluk sosial, wanita juga turut diberi ruang seluas-luasnya untuk berada di medan lapangan.

Wanita boleh beraktiviti sosial, berorganisasi, berpolitik, berniaga, berhibur, bersukan dan terlibat dalam pelbagai bidang profesional dengan itqan (bersungguh-sungguh) mengikut keilmuan dan keinginan masing-masing, katanya

Justeru itu, DMPM menyedari bahawa hak yang diberikan oleh Islam ini perlu dikongsi bersama seluruh kaum wanita agar semua dapat merasai kesejahteraan yang ditawarkan oleh Islam.

Bagaimanapun katanya, peranan wanita dalam pembangunan keluarga dan masyarakat sangat signifikan dalam memacu kesejahteraan dan kestabilan negara.

Apatah lagi, pada hari ini rata-rata kaum wanita terlibat menyumbang kepada kepesatan ekonomi negara sebagai tenaga kerja dalam sektor pendidikan, pengeluaran, perkhidmatan dan sebagainya, ujarnya.mahan dan kealpaan serta kegagalan kita meyakinkan masyarakat tentang kepentingan pelaksanaan dan penghayatan Islam dalam PRU lepas. – HARAKAHDAILY 15/6/2019

- Advertisement -