Muktamar Muslimat catat kelainan

- Advertisement -

KUANTAN: Bertemakan ‘Islam Memimpin, Wanita Sejahtera’, Muktamar Dewan Muslimat PAS Malaysia (DMPM) tahun ini mencatat kelainan apabila diadakan di Bukit Gambang Resort City dan diadakan lebih awal berbanding muktamar penuh.

- Advertisement -

Bendera PAS kelihatan berkibaran di sepanjang jalan menuju ke Pusat Konvensyen Bukit Gambang.

Cuaca di Bukit Gambang amat mengizinkan dengan suasana redup dan mendung memudahkan lagi pergerakan tetamu yang hadir.

Pekarangan dewan dipenuhi dengan lautan hijau muslimat yang mengenakan pakaian hijau dan tudung putih.

Kenderaan mula berasak masuk memenuhi pekarangan manakala semakin ramai pimpinan tertinggi PAS mula mengambil tempat masing-masing.

Bagi Dewan Muslimat PAS Malaysia (DMPM), semua jawatan tertinggi DMPP telah dimenangi tanpa sebarang pertandingan namun begitu untuk Ahli Jawatankuasa Kerja DMPP seramai 17 orang calon telah menyatakan kesediaan untuk bertanding bagi mengisi 12 jawatan AJK DMPP.

Sementara itu, bagi jawatan Ketua Dewan Muslimat Pas Malaysia, penyandang sebelum ini, Ustazah Nuridah Mohd Salleh menang tanpa bertanding. – HARAKAHDAILY 15/6/2019

- Advertisement -