Terima kasih Lee Chong Wei

- Advertisement -

DACS DPP Malaysia mengucapkan jutaan terima kasih kepada jaguh badminton negara, Datuk Lee Chong Wei di atas sumbangan beliau kepada negara. Pengumuman persaraannya selepas 19 tahun berjuang dalam arena badminton dunia.

- Advertisement -

Penglibatannya dalam arena sukan negara telah menjadi contoh teladan yang baik kepada seluruh atlit lain tidak kira jenis sukan yang diceburi. Puluhan kejohanan badminton di peringkat dunia telah beliau menangi di atas nama negara Malaysia seperti Asian Championship, Commonwealth, Sukan SEA, BWF World Superseries Final dan lain-lain lagi kejohanan. Nama Malaysia gah dengan pelbagai kejayaan beliau di peringkat antarabangsa.

Dengan pencapaian yang beliau kecapi ini selayaknya beliau dipanggil “the living legend” di dalam sukan badminton negara.

Tahniah Datuk. We are very of you!

MUHAMMAD FADZLI ABU BAKAR
Pengarah DACS DPP Malaysia – HARAKAHDAILY 14/6/2019

- Advertisement -