Piagam kerjasama diumum akhir Julai

- Advertisement -

KOTA BHARU: Piagam kerjasama antara PAS dan Umno akan diisytihar secara rasmi pada akhir Julai depan selepas kedua-dua pihak meneliti cadangan menerusi dua jawatankuasa yang ditubuh.

- Advertisement -

Timbalan Presiden PAS, Dato’ Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, jawatankuasa teknikal antara dua parti itu kini sedang meneliti cadangan kerjasama terbabit.

Menurut beliau, kerjasama antara PAS dan Umno mempunyai keunikannya sendiri walaupun berbeza aspek dasar serta perjuangan.

“Tetapi wujud persamaan terhadap cadangan yang dikemukakan. InsyaAllah pada hujung Julai kita akan mengisytiharkan bersama mengenai piagam tersebut.

“Apa yang menarik dalam rundingan terbabit apabila diteliti wujud persamaan dan hasrat kedua-dua belah pihak juga hampir sama,” katanya

pada sidang media sempena majlis Hari Raya Aidilfitri PAS Kelantan di Pusat Tarbiyah Islamiyah Kelantan (Putik) hari ini.

Turut hadir Menteri Besar Ustaz Dato’ Ahmad Yakob; Timbalan Menteri Besar Dato’ Mohd Amar Abdullah, Setiausaha Agung PAS Dato’ Takiyuddin Hassan, Setiausaha PAS Kelantan Dato’ Che Abdullah Mat dan pimpinan utama Umno. – HARAKAHDAILY 13/6/2019

- Advertisement -