Agenda politik di sebalik sebar video lucah

nik amar
- Advertisement -

KOTA BHARU: PAS tidak menafikan ada agenda politik di sebalik penyebaran video tidak bermoral yang membabitkan seorang pemimpin kanan PKR.

- Advertisement -

Naib Presiden PAS, Dato’ Mohd Amar berkata, politik Malaysia sekarang dicemari perkara seperti itu di mana standardnya begitu rendah.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas berhubung penularan video berkenaan selepas mesyuarat Exco di Kota Darunlaim di sini hari ini.

Sejak semalam tular video intim ‘sejenis’ membabitkan anggota kabinet kanan kerajaan Pakatan Harapan (PH).

Lebih mengejutkan lagi apabila Setiausaha Sulit Kanan Timbalan Menteri Industri Utama dilapor mengakui terbabit dalam video tersebut.

“Jika benar ada pengakuan dari pelakunya ia perlu disiasat pihak berkuasa.

“Ini kerana isu tersebut melibatkan Seksyen 377A dan 377B Kanun Keseksaan, jadi kita minta pihak polis bertindak,” ujar Mohd Amar.

Beliau turut bersetuju saranan PAS Pusat supaya ahli dan penyokong parti itu tidak terlibat dengan penyebaran ‘video hanyir’ yang sedang diperkatakan sekarang. – HARAKAHDAILY 12/6/2019

- Advertisement -