AKSB hantar air bersih ke Kuala Koh

- Advertisement -

KOTA BHARU: Air Kelantan Sdn Bhd (AKSB) mulai hari ini menghantar bekalan air bersih ke penempatan Orang Asli di Kuala Koh Gua Musang.

- Advertisement -

Penghantaran itu menggunakan lori 5 tan yang diisi dua tangki 800 gelen setiap satu. Selain itu turut dibekal dua tangki statik bersaiz 500 gelen.

Bekalan diambil dari Loji Felda Chiku yang terletak kira-kira 50 km dengan Kuala Koh.

Timbalan Pengarah Urusetia Penerangan Kerajaan Negeri Nazman Che Iberahim berkata, mesyuarat bersama agensi kerajaan negeri dan Persekutuan semalam bersetuju AKSB menghantar air bersih ke Kuala Koh.

Katanya, tangki statik bagi tujuan kegunaan penyediaan makan minum dan kebersihan diri ditempatkan di perkampungan tersebut.

“Namun cabaran membawa air bersih mengambil masa lebih kurang sejam kerana jalan sempit dan berbukit.

“Bekalan air dengan tangki statik tersebut hanya bersifat sementara atas inisiatif AKSB sebagai salah satu khidmat sosialnya,” katanya di sini. – HARAKAHDAILY 11/6/2019

- Advertisement -