Tahniah Ayah Chik, Dato’ Tuan

- Advertisement -

TAHNIAH Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dan Ustaz Dato’ Tuan Ibrahim Tuan Man kerana menang tanpa bertanding bagi jawatan Presiden dan Timbalan Presiden PAS sempena Muktamar PAS ke-65.

- Advertisement -

Solid ahli dan pimpinan PAS mengangkat dan mengiktiraf pemimpin tertinggi mereka sekali gus memberi pengiktirafan inilah dua keperibadian yang terbaik yang layak memimpin gerakan Islam yang lebih 60 tahun usianya ini.

Di saat parti lain berbalah, berpilih-pilih kasih berebut menjadi pemimpin, PAS tenang walau berhadapan dengan pelbagai serangan tohmahan dan fitnah.

Kita berada di zaman Islam dan umat Melayu terancam kedudukan dan masa depannya. Di ketika inilah pemimpin yang teguh, berkualiti dan bertaqwa diperlukan agar nasib dan masa depan ummah terbela dan terpelihara.

Pikullah amanah ini dengan baik wahai pemimpin kesayanganku. Moga terus di bawah teduhan restu dan bimbingan Allah SWT.

Ya Allah kurniakanlah kekuatan buat kedua mereka. – HARAKAHDAILY 10/6/2019

- Advertisement -