Kelantan singkat tempoh pemohonan pelabur

- Advertisement -

PASIR MAS: Kerajaan negeri berusaha mempercepatkan permohonan kemasukan pelabur yang kini semakin mendapat sambutan.

- Advertisement -

Pengerusi Jawatankuasa Perindustrian, Perdagangan, Pelaburan dan Pembangunan Usahawan negeri, Dato’ Hanifa Ahmad berkata, sektor tersebut sedang berkembang di Kelantan.

“Kita telah berunding dengan beberapa pelabur, cuma kita hendak mempercepatkan permohonan mereka supaya tidak sampai dua tiga tahun.

“Pelaburan yang berminat walaupun kecil atau besar, kita mahu ia diluluskan segera kerana boleh memberi keuntungan kepada kedua-dua phak,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada majlis rumah terbuka Aidilfitri Dun Pengkalan Pasir di Pusat Asuhan Tunas Islam (Pasti) Taman Mekasar di sini semalam.

Hadir sama anggota Parlimen Pasir Mas Ustaz Ahmad Fadhli Shaari; Adun Chetok Zuraidin Abdullah dan Adun Salor Saiful Adli Abu Bakar.

Kira-kira 3,000 pengunjung hadir walaupun diadakan di lokasi agak jauh dari bandar. Sebelum ini diadakan di Dewan Majlis Daerah Pasir Mas. – HARAKAHDAILY 10/6/2019

- Advertisement -