Isu Orang Asli cuba disensasi media

- Advertisement -

GUA MUSANG: Terdapat banyak kekeliruan berkaitan jumlah Orang Asli kaum Bateq yang dikatakan meninggal dunia akibat pencemaran sungai di Kuala Koh.

- Advertisement -

Menteri di Jabatan Perdana Menteri P Waythamoorty, yang dilapor melawat kawasan berkenaan melalui pembantunya mengesahkan 13 kematian berlaku pada bulan lepas.

Kenyataan serupa dikeluarkan beberapa NGO termasuk Peka Malaysia.

Bagaimanapun pihak polis dan Jabatan Kesihatan Kelantan hanya mengesahkan dua kematian.

Malah ada agensi kerajaan pada rumusan awal kematian bukan berpunca pencemaran sungai, yang seperti dicadang pemimpin politik peringkat persekutuan.

Penyelia Dun Paloh Ustaz Azman Ahmad berkata, kemungkinan jumlah kematian yang dikatakan berjumlah 13 orang berlaku sejak beberapa bulan lagi akibat pelbagai penyakit.

Katanya, di Kuala Koh terdapat kira-kira 250 penduduk suku kaum Bateq di mana sebahagian besar mereka suka berpindah randah.

“Kerajaan sudah lama membina penempatan khas di kawasan tersebut yang dilengkapi dengan pelbagai kemudahan.

“Biar pun begitu ramai penduduk terbabit memilih untuk berpindah randah bagi mencari rezeki,” katanya di sini.

Media sejak kelmarin cuba mensensasikan isu kematian Orang Asli di Kuala Koh dengan rumusan mereka berpunca daripada pencemaran sungai akibat perlombongan.

Bagaimanapun Azman berkata, lombong bijih besi yang beroperasi tidak jauh daripada kawasan penempatan Orang Asli sudah lima tahun menjalankan aktiviti mereka.

Katanya, perlombongan itu difahamkan mendapat kelulusan kerajaan dengan pemantauan dilakukan agensi berkaitan.

“Kalau dikatakan pencemaran berpunca daripada perlombongan mengapa sekarang baru berlaku sedangkan kegiatan perlombongan sudah lima tahun beroperasi,” katanya.

Menurutnya juga berdasar penjelasan agensi berkaitan kematian penduduk Orang Asli terbabit berpunca radang paru-paru.

Kata beliau juga penduduk Orang Asli di situ lebih mempercayai bomoh berbanding mendapat rawatan kesihatan.

Menurutnya juga berdasar keterangan penduduk tempatan, ada penduduk Orang Asli di situ yang pulang dari Pahang mendapat jangkitan radang paru-paru.

Beliau juga berkata, sehingga sekarang hanya tinggal seorang penduduk Orang Asli di Kuala Koh di mana sebahagian besar mereka berpindah ke kawasan lain. – HARAKAHDAILY 10/6/2019

- Advertisement -