60 anggota JAM terima duit raya

- Advertisement -

KOTA BHARU: Seramai 60 anggota Jabatan Amal Malaysia (JAM) Kelantan menerima sumbangan Hari Raya Aidilfitri sebagai menghargai jasa dan pengorbanan mereka.

- Advertisement -

Pengarah JAM Kelantan Mohd Aliman Ismail berkata, seramai 45 anggota JAM dari setiap kawasan dan 12 menerima saguhati sempena hari kelahiran.

Selain itu penyampaian sumbangan juga diberi kepada anggota JAM yang terbabit dengan kemalangan, kematian dan melangsungkan perkahwinan.

Katanya sebanyak RM6,000 dibelanjakan tahun ini untuk tujuan itu.

“Seorang anggota JAM Zahari Sulaiman menerima sumbangan khas mengambil kira banyak jasanya kepada masyarakat serta Jabatan Amal,” katanya pada majlis penyampaian sumbangan tersebut di JKR 10 kelmarin.

Program itu dirasmikan Ketua Pemuda PAS Negeri Mohd Ariff Abdullah. Hadir sama Timbalan Ketua Pemuda, Ustaz Hushaimi Hussian dan Naib Yang Dipertua PAS Kota Bharu, Ustaz Norazariza Mohd Alawi.

Aliman berkata, sumbangan itu diberikan sebagai tanda terima kasih serta ingatan di atas pengorbanan mereka. – HARAKAHDAILY 3/6/2019

- Advertisement -