Pemuda Bagan Serai tidak lupa jasa guru PASTI

- Advertisement -
BAGAN SERAI: Pemuda PAS Kawasan Bagan Serai telah memberikan sumbangan meraikan 70 guru dari 18 PASTI di bawah pentadbirannya pada majlis di Pejabat Pemuda PAS, di sini kelmarin.
 
Ketua Pemuda PAS Bagan Serai, Ustaz Akmal Sani Abdullah berkata, pemberian sumbangan tersebut adalah sebagai menghargai jasa besar mereka mendidik anak-anak PASTI.
 
Sumbangan ala kadar itu maklumnya, adalah tajaan NGO Muslim Brothers, selain sebahagiannya diusahakan sendiri pihaknya, termasuk juga dari sumbangan orang ramai.
 
“Guru-guru PASTI bukan ada gaji seperti guru-guru Tadika, Tabika atau Taski dan sebagainya. Tetapi mereka gigih mengajar dengan ikhlas untuk melahirkan anak-anak yang soleh dan solehah.
 
“Dengan jasa yang mereka tabur, lebih kepada secara sukarela kerana Allah, itu sudah sewajarnya dihargai,” ujarnya selepas majlis sumbangan yang disempurnakan Adun Gunung Semanggol, Razman Zakaria.
 
Pada majlis turut dihadiri Yang DiPertua PAS Bagan Serai, Abdul Aziz Abdul Majid dan Pengerusi Muslim Brothers, Hanif Abdul Karim itu, pihaknya turut memberi sumbangan kepada guru SRITI Bistari dan duit raya kepada muridnya. – HARAKAHDAILY 2/6/2019
IMG 20190602 WA0014
- Advertisement -