Muslim mesti tegak Islam yang semakin dicabar kini

- Advertisement -
TAMBUN: Setiap Muslim bertanggungjawab untuk menegakkan Islam walaupun tidak mengetahui detik kembalinya pemerintahan khalifah memimpin dunia.
 
Seruan tersebut disuarakan Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat, Dr Mohd Zuhdi Marsuki pada Majlis Memperingati Badar Al-Kubra PAS Kawasan Tambun di Pusat Tarbiyah PAS, di sini semalam.
 
Katanya, dengan kedudukan Islam yang kini semakin dicabar, tanggungjawab setiap Muslim menjadi bertambah besar, antaranya meningkat amalan Pluralisme dalam negara.
 
Beliau merujuk beberapa kes berkaitan seperti agihan zakat oleh pemimpin bukan Islam, termasuk merasmikan majlis khatam al-Quran dan banyak lagi yang sedang subur.
 
“Teruskan usaha perjuang Islam sebelum tawakal. Insya-Allah Islam pasti menang sebagaimana janji Allah di mana peristiwa Badar ini telah menunjukkan bahawa keutamaannya adalah pertolongan Allah walaupun keadaan musuh lebih ramai,” ujarnya.
 
Terdahulu, majlis diserikan dengan iftar jamaie dan hadirin bersolat Maghrib, Isyak dan Tarawih berjamaah di mana selepasnya diteruskan dengan program Qiamullail Perdana.
 
Pimpinan PAS Tambun yang hadir sama ialah Yang DiPertua, Ustaz Salleh Said dan Ketua Urusan Ulamak, Ustaz Mohd Rusdi Saad, serta Ketua Pemuda, Ustaz Hafez Sabri dan Ketua Muslimat, Yusmaliza Yusoff. – HARAKAHDAILY 2/6/2019
IMG 20190602 WA0035
- Advertisement -