Kasih Ramadan PAS Bukit Gantang kasihi 640 asnaf

- Advertisement -
BUKIT GANTANG: PAS Kawasan Bukit Gantang telah melaksanakan agihan bantuan kepada 640 penduduk menerusi program Sumbangan Kasih Ramadan.
 
Inisiatif kebajikan untuk masyarakat yang memerlukan itu telah memberi manfaat kepada fakir miskin, Orang Kelainan Upaya (OKU), ibu tunggal, sakut dan anak yatim.
 
Menurut Naib Presiden PAS, Ustaz Idris Ahmad, program diadakan ini menyemarakkan amalan sedekah di bulan Ramadan melalui pemberian barangan keperluan asas.
 
“Kita beri sedikit sumbangan tunai dan barangan makanan asas sebagai tanda kasih kepada masyarakat setempat agar sama-sama meraikan Ramadan dan Syawal dengan rasa gembira dan syukur.
 
“Diharap bantuan ini dapat meringankan beban keluarga masing-masing seterusnya mereka merayakan Aidil Fitri dengan gembira sekali gus meningkatkan ukhuwah antara kita,” katanya pada majlis sama di Kampung Sungai Petai, semalam.
 
Pimpinan PAS Bukit Gantang yang turut hadir Yang DiPertua, Ustaz Faisal Abdul Rahman dan Timbalan serta Naib Yang DiPertua, Ustaz Zulkefly Ahmad dan Rahim Ismail.
 
Program Sumbangan Kasih Ramadan ini telah bermula sejak 21 Mei lalu melibatkan 17 lokasi dalam Dun Kuala Sepetang, Dun Changkat Jering dan Dun Trong di mana berakhir semalam. – HARAKAHDAILY 2/6/2019
IMG 20190602 WA0020
 
IMG 20190602 WA0021
 
IMG 20190602 WA0022
 
IMG 20190602 WA0024
 
IMG 20190602 WA0025
- Advertisement -