Royalti: Dahulu nafi sekarang tak tahu

- Advertisement -

KOTA BHARU: Bekas Pengerusi Perhubungan Umno Kelantan Dato’ Seri Mustapa Mohamed antara pemimpin yang pernah menafikan hak Kelantan ke atas royalti petroleum.

- Advertisement -

Pada 2 Februari 2013 antara lain bekas menteri itu dilapor berkata, pihak yang menuntut royalti minyak dan gas perlu mengemukakan asas yang kukuh.

Malah pada 21 Disember 2009 media melaporkan Mustapa berkata, Kelantan tidak berhak mendapat royalti minyak kerana pengeluaran di luar kawasan pengairan negeri itu.

Tiba-tiba kelmarin beliau tidak mahu mengulas lanjut berkaitan pembayaran royalti pada kerajaan Kelantan.

“Ia bukan di bawah bidang kuasa saya, jadi saya tidak tahu. Bagaimanapun saya yakin ia akan dibayar kerajaan Persekutuan nanti,” katanya pada majlis ‘Makan Ccolek’ bersama Tok Pa di sebuah hotel di sini. (Foto atas)

Hampir 40 petugas media pelbagai agensi hadir pada program tersebut.

Pada Oktober lepas beliau menyertai Parti Pribumi Bersatu selepas BN gagal mempertahankan kerajaan pada Pilihan Raya Umum lepas. – HARAKAHDAILY 31/5/2019

- Advertisement -