Guna gambar negara jiran fitnah Kelantan

- Advertisement -

KOTA BHARU: Pegawai khas kepada pengerusi sebuah agensi kerajaan pusat dikatakan menggunakan gambar daripada berita di negara jiran bagi menggambarkan masalah air di Kelantan.

- Advertisement -

Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Kelantan Razuan Awang Hamad berkata, tindakan aktivis politik Pakatan Harapan (PH) itu dianggap berniat jahat bagi memburukkan kerajaan negeri.

Katanya, pihak terbabit sengaja mewujudkan persepsi jahat yang cuba dikaitkan dengan kerajaan negeri Kelantan dengan melampirkan beberapa gambar di Facebooknya.

“Benar Kelantan mengalami masalah air di beberapa kawasan namun perlu disedari masalah serupa juga dihadapi negeri-negeri lain.

“Adalah tidak wajar semata-mata mempolitikkan isu air dengan menyebar maklumat palsu sehingga boleh menimbulkan persepsi jahat dan mencetuskan ketegangan dalam kalangan rakyat,” katanya dalam satu kenyataan di sini.

Razuan yang juga Ketua Pemuda PAS Machang berkata, tuduhan dan fitnah dilemparkan ketika umat Islam di seluruh dunia sedang berlumba-lumba memperbanyakkan amalan pada 10 hari terakhir Ramadan.

“Saya menyeru kita semua khususnya pemuda parti tersebut kembali menghayati ibadah di bulan mulia ini dan menjauhi perkara-perkara fitnah adalah yang diibaratkan lebih teruk daripada membunuh,” ujarnya. – HARAKAHDAILY 31/5/2019

bh

- Advertisement -