PAS Parit lawat Hospital Changkat Melintang

- Advertisement -
PARIT: PAS Kawasan Parit bersama Muslimat PAS Parit telah mengadakan kunjungan mesra menjelang Aidil Fitri ke Hospital Changkat Melintang, Lambor Kanan, di sini semalam.
 
Aktiviti ini telah menjadi rutin tahunan yang dilangsung setiap kali menghampiri Syawal sejak PAS memenangi Parlimen Parit pada tahun 1999 dan kekal berterusan walaupun tidak memenangi lagi setelah itu.
 
Kunjungan diketuai Yang DiPertua PAS Parit, Ustaz Muhammad Ismi Mat Taib bersama pasukan Darul Mubarak Travel and Tours serta Ketua Muslimat PAS Parit, Dr Najihatussalehah Ahmad bagi menjayakanya.
 
Program lawatan ini merupakan usaha PAS Parit menyemarakkan Ramadan disamping mengukuhkan hubungan, selain sanjungan kepada budi dan jasa warga hospital atas dedikasi tugas mereka.
 
Ia juga menjadi kesempatan mengeratkan hubungan kemasyarakatan bersama pesakit-pesakit di wad perubatan, pusat hemodialisis serta jabatan kesihatan hospital ini.
 
Menerusi program ini juga, PAS Parit mengadakan serahan sumbangan, selain merealisasikan agenda kebajikan khususnya dari sudut kesihatan yang sekali gus membuktikan keprihatinan terhadap denyut nadi penduduk. – HARAKAHDAILY 30/5/2019
IMG 20190530 WA0056
- Advertisement -