Dahulu sekadar lalu, sekarang dijemput ceramah

- Advertisement -

KOTA BHARU: Sebelum ini hanya sekadar lalu sahaja di madrasah yang dimiliki ahli Umno, namun sekarang menerima banyak jemputan pula.

- Advertisement -

Setiausaha Badan Perhubungan PAS Kelantan Dato’ Che Abdullah Mat Nawi berkata, sekarang beliau menerima banyak jemputan berbuka puasa di madrasah terbabit.

“Sebelum ini saya lalu sahaja, hendak masuk tidak boleh, tetapi hari ini mereka panggil.

“Saya juga dijemput menyampaikan ucapan. Saya sebut cerita peperangan Badar yang merupakan pertama dalam sejarah Islam, di mana dalam kalangan mereka kurang mengetahui mengenainya,” katanya ketika ditemui selepas menyampaikan tazkirah di Dewan Zulkifli Muhamad di Pejabat PAS negeri di sini hari ini.

Che Abdullah yang juga anggota Parlimen Tumpat berkata, pihak yang membenci Islam tidak duduk diam sekiranya umat Islam tanpa mengira fahaman politik bersatu. – HARAKAHDAILY 30/5/2019

- Advertisement -