PAS Bintulu warnai raya anak yatim, fakir miskin

- Advertisement -
BINTULU: PAS Kawasan Bintulu telah mengadakan sumbangan kelengkapan pakaian kepada anak-anak yatim dan fakir miskin sebagai persiapan menjelang Aidil Fitri tidak lama lagi.
 
Inisiatif tersebut telah menceriakan 20 penerima yang diraikan dengan membawa mereka memilih dan membeli persalinan Syawal bersama pimpinan PAS Bintulu di bandar ini, kelmarin dahulu.
 
Yang DiPertua PAS Bintulu, Zharudin Narudin sendiri hadir melayani dan menyantuni mereka yang diharapnya dapat meringankan bebanan golongan itu selain bergembira meraikan Aidil Fitri.
 
Turut dibantu sempena program ini adalah satu keluarga bangsa Iban membeli pakaian sempena Hari Gawai yang juga bakal dirayakan penghujung Mei bagi warga Dayak di negeri ini.
 
Menurut Zharudin, program kebajikan seperti ini sentiasa menjadi rutin dilaksanakan PAS dan sentiasa berharap dapat diperluaskan kepada lebih ramai golongan memerlukan. – HARAKAHDAILY 29/5/2019
IMG 20190529 WA0037
- Advertisement -