Kelantan rai anak perantau 2 Syawal

- Advertisement -

KOTA BHARU: Sebagaimana lazimnya kerajaan negeri akan meraikan anak-anak perantau yang pulang ke kampung sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri.

- Advertisement -

Tahun ini program serupa akan diadakan pada 2 Syawal ini dijangka dihadiri kira-kira 2,000 anak Kelantan di perantauan.

Program berkenaan akan di adakan di Dewan Besar Balai Islam Lundang bermula jam 8 malam, dimulakan solat Isyak berjemaah.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Islam, Dakwah, Penerangan dan Hubungan Seranta Dato’ Mohd Nassuruddin Daud berkata, program itu akan dihadiri Menteri Besar Ustaz Dato’ Ahmad Yakob, anggota-anggota Exco dan pegawai kanan kerajaan.

“Program itu berbentuk santai dan keraian. Sekiranya ada kesempatan sebarang masalah boleh diajukan secara personal kepada pimpinan kerajaan,” katanya pada sidang media sempena iftar anjuran Urusetia Penerangan Kerajaan Negeri (UPKN) bersama media di sini malam tadi.

Hadir sama Pengarah UPKN Azmi Mohd Nor dan timbalan pengarah Nazman Che Iberahim. – HARAKAHDAILY 29/5/2019

- Advertisement -