Kelantan perkenal beca inovasi baharu

- Advertisement -

KOTA BHARU: Kelantan akan memperkenalkan model beca berinovasi baharu sebagai usaha menarik minat golongan muda menjadikan beca sebagai mata pencarian.

- Advertisement -

Pengerusi Jawatankuasa Perpaduan Masyarakat, Kebudayaan, Warisan dan Pelancongan Mejar (B) Dato’ Md Anizam Abd Rahman berkata model beca

itu akan diubah reka bentuk berbanding tradisional yang ada sekarang.

“Kita menganggar lima atau enam lagi model baharu beca seumpama itu akan dibawa masuk ke negeri ini.

“Mudah-mudahan ia akan menarik minat golongan muda untuk dijadikan profesion mereka mencari rezeki,” ujarnya selepas merasmikan majlis penyampaian sumbangan Aidilfitri kepada 27 penarik beca.

Program itu diadakan di Pusat Penerangan Pelancongan di sini hari ini.

Turut hadir Penolong Setiausaha Pusat Penerangan Pelancongan Kelantan Nik Mahmud Nik Jafar,

Setiap penarik beca mendapat RM600 iaitu sebahagian daripada RM1,200 elaun khas tahunan yang diperkenalkan kerajaan negeri bermula tahun lalu.

Selain itu penarik beca juga mendapat barangan keperluan harian bernilai RM200.

Kelantan juga telah memperkenalkan beca elektrik dan pelbagai reka bentuk sebagai tarikan pelancong. – HARAKAHDAILY 29/5/2019

- Advertisement -