Wakil rakyat bukan Islam turut guna masjid

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: PAS Perak meminta Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk) dan exco agama negeri itu mengambil tindakan ke atas ahli politik parti kerajaan Pakatan Harapan (PH) yang menggunakan masjid untuk berpolitik.

- Advertisement -

misbahulTimbalan Pesuruhjaya PAS Perak, Ustaz Misbahul Munir Masduki berkata, terdapat juga wakil rakyat bukan Islam turut guna masjid untuk program politik walaupun tidak mendapat kebenaran Ahli Jawatankuasa Masjid.

“Kesal apabila sebelum ini mereka (PH) yang kuat hentam PAS dan Umno menggunakan masjid dan surau untuk aktiviti bertadarrus dan tazkirah.

“Sebaliknya mereka sendiri menggunakan masjid dan surau untuk kepentingan politik mereka,” katanya kepada Harakahdaily.

Pada 25 Mei lalu, dalam satu kenyataan media JAIPK mengatakan telah menerima laporan bahawa Ahli Parlimen Teluk Intan, Nga Kor Ming telah mengadakan Program Berbuka Puasa, menyampaikan sumbangan dan berucap di kawasan Masjid As-Saadah Kampung Bahagian Hilir Perak.

Dilaporkan terdapat sepanduk berkaitan acara berkenaan dengan gambar beliau dan perkataan ‘Harapan’ direntang dalam kawasan masjid. – HARAKAHDAILY 28/5/2019

- Advertisement -