PAS desak beri insentif raya kepada peneroka Felda

- Advertisement -

PARTI Islam Se-Malaysia (PAS) mendesak Kementerian Hal Ehwal Ekonomi memberi insentif raya kepada lebih 110,000 peneroka Felda pada minggu ini.

- Advertisement -

nasrudinDesakan ini dibuat ekoran kenyataan YAB Perdana Menteri dan YB Menteri beberapa hari lalu yang memberikan gambaran tidak akan memberikan insentif raya sepertimana yang pernah diberikan pada tahun lepas iaitu sebanyak RM450.

PAS hargai komitmen kerajaan untuk melaksanakan pelan pemulihan Felda yang dianggarkan berjumlah RM6 bilion, namun kebajikan peneroka untuk menyambut hari raya pada minggu hadapan perlu dipertimbangkan.

Mereka sedang dibelenggu dengan pelbagai tekanan kos sara hidup yang tinggi. Tambahan pula, harga komoditi yang tidak stabil mutakhir ini lebih menyukarkan kehidupan mereka.

Oleh sebab itu, PAS mendesak pihak kementerian untuk mempertimbangkan pemberian insentif raya sekurang-kurangnya sama seperti tahun lalu bagi membantu para peneroka yang sedang dalam kesusahan.

PAS berharap pemberian ini juga tidak akan mengganggu pelan pemulihan yang sedang dijalankan oleh Felda.

Islam Memimpin

NASRUDIN HASSAN
Ketua Penerangan PAS Pusat
23 Ramadan 1440 | 28 Mei 2019 – HARAKAHDAILY 28/5/2019

- Advertisement -