Assabiqun santuni warga emas di Bukit Gantang

BUKIT GANTANG: Sidang Assabiqun PAS Kawasan Bukit Gantang telah mengadakan kunjungan ziarah kepada golongan warga emas di Kampung Permatang Raja dan Kampung Baru, Trong, di sini semalam.
 
Program sempena sambutan Ihya’ Ramadan ini merupakan inisiatif Assabiqun dalam menyantuni mereka dengan mengambil maklum dan mengemaskini perkembangan semasa golongan itu.
 
Aktiviti ziarah ini diketuai oleh Pengerusi dan Setiausaha Assabiqun PAS Bukit Gantang, Ustaz Mat Zain Ahmad dan Lukmanul Hakim Abdul Wahid bersama anggota jawatankuasa sidang tersebut.
 
Kata Ustaz !at Zain, inisiatif yang digerakkan ini dapat memastikan kebajikan golongan warga emas terbela dengan meringankan bebanan mereka selain merapatkan lagi hubungan dengan masyarakat.
 
“Warga emas telah diziarahi oleh pimpinan Assabiqun kebanyakan mereka sakit; mengalami lumpuh separuh badan, sakit kencing manis  dan sakit lutut.
 
“Selain ziarah mengeratkan silaturahim, mereka turut dibekalkan dengan sedikit sumbangan wang tunai  dan barangan keperluan yang sekurang-kurangnya dapat meringankan beban mereka,” maklumnya. – HARAKAHDAILY 28/5/2019
IMG 20190528 WA0067