Adun PAS gesa tambah kuota penerima hamper

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Wakil rakyat PAS Pulau Pinang, Ustaz Mohd Yusni Mad Piah mencadangkan Majlis Agama Islam Pulau Pinang (MAIPP) melebihkan kuota pemberian hamper kepada kawasan yang diduduki oleh majoriti orang Melayu.

- Advertisement -

Ujarnya, sumbangan hamper oleh MAIPP kepada setiap Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pulau Pinang untuk diserahkan kepada mereka yang layak menerima sempena kedatangan Syawal setakat ini hanya terhad kepada 100 orang penerima.

Sedangkan katanya, banyak lagi kawasan diduduki oleh majoriti Melayu seperti di Penaga dihuni 90 peratus orang Melayu.

Beliau dihubungi Harakahdaily sebagai mengulas status Facebook wakil rakyat DAP, Chris Lee Chun Kit yang memuat naik gambarnya mengagihkan hamper yang diberi oleh MAIPP di Pulau Tikus, Pulau Pinang, kelmarin.

“Itu (agihan hamper oleh wakil rakyat DAP) tidak menjadi isu, tetapi yang menjadi isu ialah hanya terhad 100 penerima sahaja? Agihan untuk Yb-yb sampaikan kepada penerima sama rata 100 orang sahaja.

“Untuk masjid-masjid saya tak pasti mungkin ada menerima hamper untuk diagihkan.

“Kita harap MAIPP tambah kuota lagi supaya lebih ramai penerima hamper. Paling tidak ia memberi kegembiraan kepada lebih ramai orang untuk meraikan kedatangan hari kemenangan umat Islam ini,” katanya yang merupakan Adun Penaga. – HARAKAHDAILY 28/5/2019

- Advertisement -