PAS Prt Baru dekati penduduk dengan bubur lambuk

- Advertisement -
BAKRI: PAS Cawangan Parit Baru telah mengadakan program edaran bubur lambuk kepada penduduk setempat Parit Baru, di sini kelmarin.
 
Terdahulu, gotong-royong menyedia dan memasak bubur lambuk ini telah diadakan secara bersama oleh Ahli Jawatankuasa PAS Parit Baru dan ahli-ahli PAS Cawangan.
 
Penyediaan yang turut disertai Ahli Jawatankuasa PASTI Nurul Huda ini telah diketuai Setiausa PAS Parit Baru, Azman Ibrahim di premis PASTI itu sendiri.
 
Menurut Ketua PAS Parit Baru, Kadimon Madisan, program rutin tahunan ini menjadi wasilah pihaknya mendekatkan diri bersama masyarakat penduduk mengeratkan silaturahim sesama mereka.
 
Ia juga sebagai menyemarakkan Ramadan untuk menghidupkannya dengan amalan bersedekah terutama seruan Rasulullah yang menggalakkan pemberian makan orang berbuka puasa.
 
Bubur lambuk yang telah dibungkus telah diedar selepas Asar kepada penduduk di jalan besar berhadapan PASTI itu. – HARAKAHDAILY 27/5/2019
- Advertisement -