Ameerah ukir senyuman asnaf Dun Tebing Tinggi

- Advertisement -

IPOH TIMUR: Muslimat PAS Muda atau lebih dikenali sebagai Ameerah Kawasan Ipoh Timur telah menganjurkan program Ameerah Care: Ziarah Kasih Semarak Aidil Fitri, semalam.

- Advertisement -

Program dengan kerjasama Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan Muslimat PAS Ipoh Timur dan Jabatan Amal Ipoh Timur ini telah diadakan di sekitar Dun Tebing Tinggi, di sini.

Dipimpin langsung Ketua Muslimat PAS Ipoh Timur, Hanisah Hamidon, delegasi telah mengadakan kunjungan menyantuni para penerima sumbangan dari golongan memerlukan.

Menurut Ketua Ameerah Ipoh Timur, Nurul Shuhada Abd Ghani, dana yang disumbangkan oleh masyarakat setempat ini telah diagihkan sempena program ini kepada para penerima.

Katanya, dengan membawa tema “Rezeki Dikongsi, Yang Ada Berbagi”, Ameerah Care memberikan bakul berisi keperluan dapur untuk para penerima bagi kegunaan di Aidil Fitri. – HARAKAHDAILY 27/5/2019

- Advertisement -