OKU istiqamah masjid jentik Pemuda PAS Tambun

TAMBUN: Lajnah Kebajikan Pemuda PAS Kawasan Tambun telah mengadakan program Ziarah Kebajikan Ramadan melibatkan enam zon, di sini sepanjang hari semalam.
 
Zon-zon tersebut adalah Manjoi, Meru, Chemor, Klebang, Perpaduan dan Tanjung Rambutan di mana latar belakang penerima edisi kali ini mensasarkan kalangan anak muda.
 
Pengerusi Lajnah Kebajikan Pemuda PAS Tambun, Mohd Helmi Hashim menjelaskan, penerima sama ada kurang berpendapatan atau sakit atau menjaga ahli keluarga yang sakit atau seumpamanya.
 
Ketua Pemuda PAS Tambun, Ustaz Hafez Sabri menyifatkan program tersebut sebahagian tanggungjawab pihaknya membantu masyarakat termasuk anak muda yang diuji kehidupannya.
 
Antara yang menjentik teladan buat anggota rombongan ziarah Pemuda PAS Tambun ini adalah seorang penerima yang juga pemuda Orang Kelainan Upaya (OKU), Mohd Firdaus Mohd Yusof.
 
Walaupun dirinya berkeadaan seperti itu sejak berusia 12 tahun, namun tetap istiqamah ke masjid dan tidak ketinggalan berjemaah tarawih sepanjang Ramadan sekalipun berkerusi roda.
 
Malah, kecekalan hidupnya terbukti dengan daya berdikari menyara kos hidup berniaga kuih-muih menampung keluarga di mana tinggal bersama ibu dan adik, serta kakaknya yang juga OKU. – HARAKAHDAILY 27/5/2019
IMG 20190527 WA0002