Peluang sertai penyatuan ummah terbuka

- Advertisement -

KOTA BHARU: Kerjasama antara PAS dan Umno bagi memastikan kestabilan negara terus terjamin, kata Timbalan Presiden PAS, Dato’ Tuan Ibrahim Tuan Man.

- Advertisement -

Beliau berkata, perkara itu pernah diterjemahkan selama lebih 60 tahun pemerintahan Umno dan Barisan Nasional (BN) sejak Malaysia mencapai kemerdekaan.

Bahkan katanya muafakat antara dua parti terbesar orang Melayu tersebut masih membuka penyertaan kepada semua pihak yang mahu melihat gagasan penyatuan ummah direalisasikan.

Oleh itu kenyataan yang menuduh kerjasama itu menyemarakan api perkauman sebagai satu pandangan yang salah.

“Langkah itu merupakan antara usaha yang perlu dilakukan untuk menyelamat Islam, Melayu dan Institusi Raja-Raja Melayu.

“Jangan dilihat kerjasama ini sebagai perkauman, bila orang Melayu bersatu dituduh perkauman, tetapi bila orang lain bersatu tidak pula dilihat sebagai rasis,” katanya selepas beramah mesra bersama 70 asnaf dari Dun Salor yang menerima bantuan baju dan kelengkapan raya di sebuah pasaraya hari ini. – HARAKAHDAILY 24/5/2019

- Advertisement -