PAS Teluk Intan santuni pesakit dan warga HTI

- Advertisement -
TELUK INTAN: PAS Kawasan Teluk Intan telah mengedarkan sumbangan bubur lambuk sebagai menyantuni 360 pesakit dan juga kakitangan di Hospital Teluk Intan, di sini kelmarin.
 
Program ini juga bertujuan mempromosikan PAS kepada masyarakat selain menyuburkan amalan memberi makan orang berbuka puasa seperti dianjurkan Rasulullah S.A.W.
 
Serahan tersebut telah diketuai sendiri Yang DiPertua dan Timbalan Yang DiPertua PAS Teluk Intan, Ustaz Ismail Che Nik dan Rostam Malik bersama pimpinan yang lain.
 
Menurut Pengerusi Lajnah Kebajikan PAS Teluk Intan, Ustaz Lotfi Shamsuddin, pihaknya turut memberikan air minuman dan buah tamar pada aktiviti di bawah Ihya’ Ramadan itu.
 
Katanya, peluang tersebut turut memberi kesempatan kepada pihak PAS Teluk Intan menyuburkan perpaduan dengan turut sama menziarahi pesakit bukan Islam.
 
Beliau juga menghargai kesediaan pengurusan Hospital Teluk Intan dalam memberi kebenaran mengadakan edaran tersebut di wad hospital yang diharap turut membantu menceriakan pesakit. – HARAKAHDAILY 24/5/2019
IMG 20190524 WA0042
- Advertisement -