PAS Bagan Serai berziarah kebajikan ke HPB

- Advertisement -
PARIT BUNTAR: Selepas membeli baju raya untuk 23 anak yatim dan fakir miskin di Taiping, PAS Kawasan Bagan Serai memilih Hospital Parit Buntar (HPB) pula untuk program ziarah kebajikan, kelmarin.
 
Yang Dipertua PAS Bagan Serai, Aziz Abdul Majid berkata, rombongan yang turut disertai Adu  Gunung Semanggol, Razman Zakaria itu telah disambut baik oleh pihak hospital berkenaan serta kakitangannya.
 
Maklumnya, para pesakit pula yang terdiri daripada orang Melayu dan juga kaum Cina serta India kelihatan menerima kehadiran rombongan PAS dengan penuh keceriaan.
 
“Lawatan ke hospital sempena Ramadan itu, lebih-lebih lagi menjelang Aidilfitri ini, bertujuan untuk menyampaikan sumbangan buah tamar, hamper dan duit raya kepada para pesakit.
 
“Anggota rombongan, lebih-lebih lagi Razman turut beramah mesra dengan pesakit-pesakit, bertanya khabar, meminta bersabar menerima ujian tanpa mengira kaum dan agama,” ujarnya.
 
Turut serta rombongan adalah Ketua Urusan Ulamak, Ustaz Idris Ismail, bersama anggota Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan dan wakil Muslimat PAS Bagan Serai.
 
Lawatan itu diakhiri dengan bacaan doa oleh Ustaz Idris sebelum sesi bergambar dengan sebahagian kakitangan hospital dan sidang media Razman bersama wartawan Sinar  Harian dan wakil sebuah akhbar berbahasa Tamil. – HARAKAHDAILY 25/5/2019
IMG 20190525 WA0008
 
IMG 20190525 WA0011
- Advertisement -