Inisiatif restoran sampaikan infak untuk asnaf

- Advertisement -
TAMBUN: Sebagai usaha menyantuni golongan asnaf untuk berbuka puasa, Muslimat PAS Cawangan Medan Klebang Restu telah menyampaikan sumbangan nasi bungkus dan air buah-buahan, di sini kelmarin.
 
Ketua Muslimat PAS Medan Klebang Restu, Jamani Azizan berkata, sumbangan tersebut adalah tajaan daripada Pengurus Restoran Silver Yob Cafe yang bekerjasama menjayakan program amal ini.
 
“Pihak restoran berbesar hati menawarkan khidmat menyediakan makanan berbuka puasa untuk semua keluarga asnaf yang dikenal pasti pihak Muslimat PAS,” ujar beliau.
 
Maklumnya, usaha tersebut menjadi ruang bagi menyantuni keluarga asnaf yang kebanyakannya mempunyai ahli keluarga menghidap penyakit kronik, Orang Kelainan Upaya (OKU) dan ibu tunggal.
 
Turut diadakan ialah pemberian sumbangan berbentuk keperluan makanan asas kepada keluarga yang memerlukan hasil sumbangan orang ramai atas hajat berinfak sempena Ramadan.
 
Pengurus Restoran Silver Yob Cafe, Nur Hayati Hashim berkata, pihaknya berbesar hati menerima sebarang bentuk infak orang ramai yang berhajat demikian di mana boleh menghubungi talian 019-596 4045.
 
Pihak beliau sentiasa menerima sumbangan tidak bermusim berbentuk wang ringgit dan makanan asas untuk menyedia perkhidmatan katering ke rumah-rumah kebajikan, anak yatim dan golongan memerlukan. – HARAKAHDAILY 25/5/2019
IMG 20190525 WA0018
- Advertisement -