Ibrah Badar suntik juang PAS Bakri menuju PRU15

BAKRI: Lajnah Tarbiyah PAS Kawasan Bakri telah menganjurkan Ceramah Perdana Badar Kubra di Markas PAS Kampung Jeram Masjid, di sini kelmarin.
 
Program dengan kerjasama PASTI Bakri ini bertujuan menyemarakkan roh perjuangan dengan menghayati dan mengambil kelebihan yang terdapat dalam Ramadan.
 
Pihak penganjur juga berharap program ini akan membangunkan iktibar dan semangat para amilin serta penyokong PAS bagi menggerakkan langkah ke PRU15 akan datang.
 
Majlis yang bermula dengan berbuka puasa hinggalah solat Tarawih itu dan kemuncaknya ceramah oleh Ahli Jawatankuasa Ulamak PAS Negeri Johor, Ustaz Anas Abu Umar.
 
Antara intipati penting dikupasnya dari ibrah Badar adalah ujian dahsyat dihadapi kaum Muslimin, namun dikurniakan nusratullah dari langit hingga mencapai kemenangan.
 
Pimpinan PAS Bakri yang hadir sama adalah Yang DiPertua, Ustaz Kamalulnizam Mohd Suhut dan Ketua Urusan Ulamak, Ustaz Zarul Salleh serta Ketua Pemuda, Mohd Nahar Tasimin dan Ketua Muslimat, Ustazah Normala Ali.
 
Pada majlis sama juga turut dilangsungkan penyampaian sumbangan Ramadan kepada semua guru-guru PASTI Bakri oleh Ustaz Kamalulnizam yang turut dihadiri Setiausaha PASTI Bakri, Iskandar Ghani Ismail serta Ketua MGP Bakri, Azizah Alimat. – HARAKAHDAILY 24/5/2019
20190524 113213
 
IMG 20190524 WA0009