Biasiswa untuk Palestin, kenapa DAP meroyan?

nasrudin3
- Advertisement -

PARTI Islam Se-Malaysia (PAS) menempelak sikap gopoh pemimpin DAP yang mempertikai pemberian biasiswa kepada 140 pelajar Palestin (RM11.47 juta) yang layak untuk melanjutkan pengajian ke universiti di Malaysia.

- Advertisement -

Tidak ada sebab DAP perlu meroyan dengan pemberian biasiswa tersebut kerana ia adalah sumbangan lazim yang diberikan atas dasar bantuan kemanusiaan dan ia tidak wajar dipolitikkan sama sekali.

DAP tidak perlu mempersoalkan pemberian biasiswa tersebut kerana ia dikatakan tidak menggunakan dana kerajaan.

Malah, DAP harus menjawab dari mana sumber peruntukkan yang diambil untuk memberi jutaan ringgit kepada kolej persendirian swasta Cina seperti Kolej Universiti New Era dan Kolej Universiti Selatan? Adakah ia diperuntukkan dalam Bajet 2019?

PAS tetap bersetuju walaupun ia menggunakan sebahagian kecil dana dan geran dari kerajaan bukan dana universiti sendiri untuk diberikan kepada pelajar Palestin yang layak atas dasar bantuan kemanusiaan.

PAS mengucapkan jutaan tahniah dan terima kasih kepada semua 12 universiti awam dan swasta yang telah menawarkan biasiswa seperti Albukhary International University (RM3.5 juta), Multimedia University (RM1 juta) dan Universiti Utara Malaysia (RM128,000).

NASRUDIN HASSAN
Ketua Penerangan PAS Pusat
19 Ramadan 1440 | 24 Mei 2019 – HARAKAHDAILY 24/5/2019

- Advertisement -