PAS sedia hadapi PRU15 awal – Presiden

- Advertisement -

PASIR MAS: PAS bersedia pada bila-bila masa bagi menghadapi kemungkinan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) sekiranya ia diawalkan.

- Advertisement -

Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata, persediaan PAS sama seperti menghadapi Pilihan Raya Kecil (PRK).

“Kalau Pilihan Raya Kecil pun kita masuk, inikah pula pilihan raya yang besar pun kita akan masuk,” katanya kepada media selepas menyampaikan ceramah Badar al Kubra di Madrasah Nasrullah Pohon Buluh malam tadi.

Hadir sama Timbalan Pesuruhjaya PAS Kelantan Dato’ Dr Mohamed Fadzli Hassan, Setiausaha Perhubungan PAS negeri Dato’ Che Abdullah Mat Nawi, ketua penerangan Dato’ Mohd Nassurudin Daud, bendahari Dato’ Hanifa Ahmad dan Speaker Dun Kelantan Dato’ Abdullah Ya’kub.

Program tersebut bermula tadarus al Quran selepas solat Asar dan iftar yang turut dihadiri wakil-wakil rakyat dan pimpinan PAS peringkat kawasan.

Tuan Guru Abdul Hadi juga berkata, PAS bersedia memanfaatkan semangat Badar al Kubra dalam kalangan ahli PAS bagi menghadapi PRU 15.

Perang Badar merupakan peperangan pertama dalam sejarah Islam itu, di mana tentera Islam dipimpin Rasulullah SAW berdepan dengan tentera Quraisy yang jauh lebih ramai.

Peperangan itu berlaku pada Ramadan tahun 2 Hijriah dengan jumlah tentera Islam hanya 313 orang berbanding tentera Quraisy jauh lebih ramai.

Namun kemenangan berpihak kepada tentera Islam. – HARAKAHDAILY 23/5/2019

- Advertisement -