PAS Bagan Serai ceriakan Syawal anak yatim

- Advertisement -
TAIPING: PAS Kawasan Bagan Serai telah membawa 23 anak yatim dan fakir miskin untuk diberi sumbangan pakaian Hari Raya Aidil Fitri di Bazar Melayu, di sini semalam.
 
Program anjuran Lajnah Dakwah PAS Kawasan Bagan Serai ini turut disertai Adun Gunung Semanggol, Razman Zakaria yang menyampaikan sert baju Melayu kepada penerima.
 
Pengerusi Lajnah Dakwah PAS Bagan Serai, Ustaz Wan Mohammad Nadzmi berkata, ia bertujuan meringankan bebanan pihak berkenaan dan juga supaya mereka dapat bergembira menyambut Aidilfitri.
 
“Sabagaimana gembiranya anak-anak dari kalangan keluarga yang berada, mereka juga mahu menyambut hari raya dengan penuh kegembiraan,” katanya.
 
Timbalan Pengerusi Lajnah Dakwah PAS Bagan Serai, Ustaz Azman Chat menyeru orang ramai yang ingin menghulurkan sumbangan boleh disalurkan kepada Tabung Kebajikan Rakyat 558248207682 (Maybank). – HARAKAHDAILY 23/5/2019
- Advertisement -