Jelajah Singgah Sahur Jabatan Amal Ipoh Timur

- Advertisement -
IPOH: Jabatan Amal Pemuda PAS Kawasan Ipoh Timur telah mengadakan program Singgah Sahur di beberapa pejabat agensi kerajaan dan premis 24 jam, di sini semalam.
 
Diketuai Komandan Amal Ipoh Timur, Ahmad Sobri Abdul Latif, rombongan telah berkunjung ke Balai Polis Pasir Puteh, Balai Bomba Lahat, Balai Bomba Pasir Puteh, 7-Eleven dan stesen minyak.
 
Menurut Ketua Pemuda PAS Ipoh Timur, Ustaz Hanafi Roshan, program itu adalah sebagai menghargai mereka yang bertugas waktu tersebut terutama para penjawat awam.
 
Selain itu katanya, ia juga untuk pemantapan organisasi khususnya dalam memupuk semangat kerjasama dan berpasukan dalam anggota Amal serta masyarakat umumnya.
 
Pada program itu, anggota terlibat telah bergerak ke lokasi ditetapkan dengan menyampaikan juadah sahur iaitu nasi goreng kampung yang dimasak secara gotong-royong.
 
Setelah itu, semua anggota Amal terlibat telah sahur bersama-sama di Surau Ar-Rahman, Taman Temara dan mengerjakan solat Subuh berjamaah, juga di situ. – HARAKAHDAILY 23/5/2019
- Advertisement -