Catatan di FB Mufti Perlis memalukan

- Advertisement -

KANGAR: Catatan di Facebook (FB) Mufti Perlis Dato’ Dr Mohd Asri Zainul Abidin dengan memaparkan gambar anggota Jabatan Amal ditahan polis bagi membantu siasatan dianggap memalukan.

- Advertisement -

Pesuruhjaya PAS Perlis, Mohd Shukri Ramli berkata lebih memburukkan lagi apabila gambar yang dimuatnaik itu bersama foto Presiden PAS Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang.

“Sedangkan kes tersebut masih dalam siasatan manakala anggota Jabatan Amal yang ditahan reman hanya untuk membantu siasatan.

“Mereka belum dibuktikan bersalah dan tulisan admin FB mufti Perlis begitu memalukan,” katanya di sini.

Semalam admin FB mufti Perlis memaparkan gambar anggota JAM Perlis dan Presiden PAS sehingga mengundang pelbagai polemik yang cuba untuk mengaitkan PAS dengan kes membakar kereta rasmi Mufti Perlis.

Bagaimanapun tulisan admin FB Mufti Perlis berkaitan isu terbabit diturunkan sekitar jam 5.30 petang semalam.

Mohd Shukri yang juga Adun Sanglang merakam ucapan terima kasih kepada Ketua Polis Perlis Dato’ Noor Mushar Mohd yang menjalankan siasatan secara profesional. – HARAKAHDAILY 23/5/2019

- Advertisement -