PAS Pagoh perkemas tarbiyah sempena Ramadan

- Advertisement -

PAGOH: PAS Kawasan Pagoh dengan kerjasama PAS Cawangan Parit Medan telah mengadakan program Semarak Ramadan bersama Dewan Ulamak PAS Negeri Johor di Maahad Tahfiz Al-Quran Al-Muhammadi, di sini semalam.

- Advertisement -

Program ukhuwah, pengukuhan amal dan kefahaman ini bermula dengan iftar sehingga solat sunat Tarawih itu berterusan dengan pembentangan kertas kerja dan ucapan pimpinan.

Pembentangan disampaikan Ahli Jawatankuasa Ulamak PAS Johor, Ustaz Mustafa Salleh itu mengupas mengenai konsep ta’awun dalam al-Quran dan Hadis serta pelaksanaannya.

Selain menegaskan pentingnya pegangan teguh kepada al-Quran dan Hadis serta merujuk Perlembagaan PAS, beliau juga menyeru para hadirin supaya menyusuri sirah Rasulullah.

Katanya, sirah telah mengajar betapa bangsa Arab yang keras kepala, namun akhirnya disatukan dengan Islam berpandukan konsep ta’awun diteladankan Nabi Muhammad S.A.W.

Penutup disempurnakan Ketua Ulamak PAS Pusat, Dato’ Dr Mahfodz Mohamad yang mengingatkan supaya program tarbiyah diperbanyakkan supaya ahli tetap teguh dalam perjuangan Islam. – HARAKAHDAILY 22/5/2019

IMG 20190522 WA0024

- Advertisement -