PAS Bukit Gantang beri sumbangan untuk asnaf

BUKIT GANTANG: PAS Kawasan Bukit Gantang telah mengadakan Majlis Sumbangan Kasih Ramadan di bawah program Ihya’ Ramadan di tiga lokasi berlainan, semalam.
 
Majlis-majlis yang berlangsung itu melibatkan penerima seramai 109 fakir miskin, ibu tunggal, sakit, Orang Kelainan Upaya (OKU) dan juga 22 anak yatim dalam Parlimen ini.
 
Semua majlis berlangsung di Markas Tarbiyah PAS Cawangan Changkat Ibol, Markas Tarbiyah PAS Cawangan Bukit Gantang dan Markas Tarbiyah PAS Cawangan Kampung Cheh.
 
Penyampaian telah disempurnakan Naib Presiden PAS, Ustaz Idris Ahmad dengan turut dihadiri Yang DiPertua PAS Bukit Gantang, Ustaz Faisal Abdul Rahman.
 
Dalam ucapannya, Ustaz Idris menyatakan, sumbangan tersebut sebagai tanda ingatan PAS dalam berkongsi kegembiraan bersama golongan kurang berkemampuan.
 
Pimpinan PAS Bukit Gantang yang hadir sama ialah Timbalan dan Naib Yang DiPertua, Ustaz Zulkefly Ahmad dan Rahim Ismail serta Pengerusi Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan, Ustaz Mustafa Abd Wahab. – HARAKAHDAILY 22/5/2019