Muslimat PAS pimpin Kem Ibadah Wanita Umno

- Advertisement -

LUMUT: Muslimat PAS Kawasan Lumut telah diberi penghormatan memimpin Khemah Ibadah Ramadan Wanita Umno Bahagian Lumut di Masjid Terapung Kampung Telaga Nenas, Ayer Tawar, di sini.

- Advertisement -

Kepercayaan tersebut menunjukkan keakraban kedua entiti ini yang semakin erat mewakili dua parti terbesar Melayu Islam tanah air ke arah memartabatkan kembali ke persada politik negara.

Timbalan Ketua Muslimat PAS Lumut, Putiah Shaarani telah mengimami solat Taubat dan solat Hajat serta menyampaikan tazkirah Ramadan yang mengupas mengenai syafaat al-Quran.

Beliau turut menekankan kepada peserta semasa tadarus yang diadakan mengenai kepentingan menguasai ilmu Fardu Ain dan Fardu Kifayah ke arah penghayatan ibadah agar ikhlas dan istiqamah.

Ketua Muslimat PAS Lumut, Rohawati Abidin berkata, program begitu dapat meluaskan perkembangan ilmu dan amal sebagai hamba Allah walaupun bermula sebagai hubungan politik.

Malah harapan beliau, dengan hubungan kedua pihak juga akan meluas perkara sama kepada penyokong dan pendukung lainnya ke arah mencapai kemenangan yang meninggikan Islam.

Ketua Wanita Umno Lumut, Sabariah Zakaria diakhir majlis mengiringi Timbalan Pengerusi Tetap Wanita Umno Malaysia, Azizah Johor merasmikan penutup dan serahan cenderahati. – HARAKAHDAILY 21/5/2109

IMG 20190521 WA0045

 

IMG 20190521 WA0044

- Advertisement -