Insentif pelajar cemerlang di Kelantan sejak 2006

- Advertisement -

KOTA BHARU: Kerajaan negeri meneruskan program penyampaian insentif kepada pelajar cemerlang peperiksaan SPM, STAM dan STPM.

- Advertisement -

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Pendidikan, Pengajian Tinggi dan Teknologi Maklumat negeri, Dato’ Dr Mohamed Fadzli Hassan berkata, pelajar yang layak mendapat insentif tersebut bagi SPM pencapaian 9A ke atas, STPM (mumtaz) dan STPM pula memperolehi 4P A ke atas.

Setiap pelajar cemerlang peperiksaan tersebut 2018 akan diberi sumbangan sebanyak RM500 sebagai menghargai kejayaan mereka. Sumbangan kepada pelajar cemerlang berkenaan diperkenalkan sejak 2006.

“Borang yang dihantar perlu dikepilkan bersama slip asal keputusan peperiksaan yang disahkan, salinan kad pengenalan dan salinan surat beranak ibu bapa bagi pemohon anak Kelantan yang berada di luar,” katanya di sini.

Borang permohonan dibuka 12 Mei lepas boleh diperolehi di Kaunter Khidmat Pelanggan Pejabat Yik di Nilam Puri atau laman sesawang Yik http://www.yik.edu.my.

Borang yang lengkap diisi perlu dihantar ke Pejabat Yik di Nilam Puri. – HARAKAHDAILY 21/5/2019

- Advertisement -