Bubur lambuk dekatkan PAS Tambun dan penduduk

- Advertisement -
TAMBUN: PAS Kawasan Tambun terus mendekati masyarakat dan menyemarak seruan mengimarahkan Ramadan yang penuh dengan limpahan anugerah daripada Allah S.W.T.
 
Antaranya berlumba menggandakan kebajikan dengan mengambil fadilat memberi makan dan sedekah untuk berbuka puasa dengan penyediaan dan pemberian bubur lambuk.
 
Menggerakkan usaha itu, Pengerusi Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan Muslimat PAS Tambun, Khamisah Abd Hamid mengetuai anggotanya di Surau An-Nuriah, Taman 2B, di sini.
 
Berganding bahu dengan Pemuda PAS dan Ameerah Tambun, mereka menyediakan tiga kawah yang kemudiannya diedar di Taman Jati, Taman Perpaduan dan Terminal Amanjaya, semalam.
 
Usaha sama juga turut dijayakan menerusi pimpinan Ketua PAS Zon Klebang, Ustaz Rosli Azizan bergotong-royong menyediakan juadah itu di Markas PAS Sri Klebang, Chepor, di sini.
 
Ia telah menghimpunkan kerjasama dari PAS Cawangan Klebang Restu, Klebang Putra, Klebang Prima, Klebang Jaya, Klebang Selatan dan Kampung Sri Klebang, semalam.
 
Kolaborasi ini juga turut menjaya menghasilkan tiga periuk besar yang istimewanya disediakan dalam tiga resepi berbeza di mana kemudian diedar kepada masyarakat sekitar. – HARAKAHDAILY 21/5/2019
IMG 20190521 WA0073
 
IMG 20190521 WA0080
- Advertisement -