Ramadan kukuh usaha ta’awun PAS-Umno Gopeng

- Advertisement -

GOPENG: PAS Kawasan Gopeng terus mempertautkan ukhuwah dengan Umno Bahagian Gopeng apabila bersama mengadakan Iftar Jamaie di Masjid Lama Gopeng, di sini semalam.

- Advertisement -

Program tersebut mahu menjadikan keberkatan Ramadan sebagai suntikan semangat perpaduan dengan mengeratkan kasih sayang serta ukhuwah menuju kekuatan politik ummah.

Bersama Yang DiPertua PAS Gopeng, Ustaz Abu Bakar Hussein dan Ketua Umno Gopeng, Dato’ Hang Tuah Din pada majlis itu adalah Timbalan Pesuruhjaya PAS Perak, Ustaz Misbahul Munir Masduki.

Selesai iftar dan disusuli hingga ke solat Tarawih, Ustaz Abu Bakar telah menyampaikan ucapan yang melahirkan harapan agarta’awun’ kedua pihak akan dapat menyatukan ummah di Gopeng.

Beliau juga berharap hubungan kedua pihak akan menjalinkan banyak aspek kebersamaan dalam menggerakkan agenda selain menghadapi tipu daaya musuh melemahkan idealogi ummah masa kini. – HARAKAHDAILY 20/5/2019

IMG 20190520 WA0035

- Advertisement -