Pemuda diseru hadam ibrah Badar dan Nakhbah

- Advertisement -
ISKANDAR PUTERI: Perang Badar dan tragedi Nakhbah memberi pengajaran sangat besar kepada umat untuk mempertahankan Islam walaupun berdepan segala kekurangan.
 
Paling utama adalah mempersiapkan bekalan iman yang teguh dan keikhlasan tertinggi sehingga diturunkan pertolongan daripada Allah S.W.T
 
Demikian intipati ditegaskan Setiausaha Pemuda PAS Malaysia, Ustaz Afnan Hamimi Taib Azamudden pada program Badar Kubra Pemuda PAS Negeri Johor di SRITI Ilmi, di sini kelmarin.
 
Program tersebut sebagai suntikan membangkitkan semangat juang para Pemuda PAS dalam menjalankan gerak kerja meskipun dihimpit pelbagai situasi negatif.
 
Beliau menyeru membangunkan hal tersebut dengan mencontohi teladan para Sahabat R.A yang menunjukkan perjuangan sanggup berkorban untuk menegak dan mempertahankan Islam.
 
Menyentuh mengenai isu Nakhbah, beliau mengingatkan tragedi pencerobohan dan pemusnahan di Palestin itu yang menyebabkan umat terusir dari tanah airnya sendiri.
 
Jelasnya, sejarah yang diingati pada 15 Mei setiap tahun itu bukan sahaja penting kepada rakyat Palestin, tetapi pengajaran kepada usaha perjuangan menegakkan kasih sayang melalui Islam.
 
Lantaran itu serunya, hubungan sesama anggota Pemuda dan ahli PAS yang lain adalah untuk saling menguat dan memantapkan hubungan persefahaman antara semua.
 
Turut dilaksanakan pada program dua hari itu adalah Wacana Hala Tuju Pemuda PAS Johor yang turut disertai Ketua dan Naib Ketua Pemuda PAS Johor, Ustaz Ahmad Nawfal Mahfodz dam Ustaz Azlan Alias. – HARAKAHDAILY 20/5/2019
- Advertisement -