Orang fahami Islam tidak cakap begitu

- Advertisement -

KOTA BHARU: “Bagi orang yang memahami Islam dia tidak akan bercakap seperti itu kerana kalau dia bercakap begitu seolah-olah menuduh dalam Islam tiada politik.

- Advertisement -

“Sedangkan dalam Islam agenda paling besar ialah politik,” kata Setiausaha Majlis Syura Ulamak PAS Dato’ Dr Nik Muhammad Zawawi Salleh.

Baru-baru ini Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dilaporkan meminta semua pihak terutamanya pembangkang berhenti menggunakan isu perkauman dan agama bagi kepentingan politik di bawah penyatuan ummah.

Dr Nik Muhammad Zawawi berkata, perdana menteri perlu memahami agama Islam tidak membenarkan penganutnya menzalimin sesiapa sahaja.

Lebih-lebih lagi kata beliau melakukan pengkhianatan kepada pihak lain.

“Inilah yang sepatutnya perdana menteri kena faham bukannya membuat tuduhan sedemikian,” katanya ketika ditemui selepas menyampaAikan tazkirah selepas solat Zohor di Dewan Zulkifli Muhamad di sini semalam. – HARAKAHDAILY 20/5/2019

- Advertisement -