LGE gagal tadbir ekonomi Malaysia

Lim Guan Eng
- Advertisement -

SATU persatu kenyataan Lim Guan Eng tidak mencerminkan kelulusan akauntan profesional seperti yang dicanang oleh DAP sendiri. Setahun Pakatan Harapan memerintah, dasar-dasar ekonomi yang rapuh menyebabkan Malaysia bakal terjerumus ke dalam kegawatan ekonomi yang teruk.

- Advertisement -

shahirMenyorot kembali, Menteri Kewangan pada satu sidang media menggunakan perkataan “hentam” apabila ditanya barangan manakah yang dikenakan SST dan barangan manakan yang dikecualikan SST.

Menteri Kewangan juga diperli teruk dek insiden “salah titik perpuluhan” di Dewan Rakyat apabila Menteri Kewangan, Lim Guan Eng membetulkan angka baki tabung bayaran balik Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) bukan RM1.486 bilion sebaliknya hanya RM148.6 juta.

Setahun Menteri Kewangan memegang jawatan, alasan sama didendangkan setiap kali dihujani soalan ekonomi negara; (1) Salah pentadbiran kerajaan Barisan Nasional dan (2) Perang dagang antara Amerika Syarikat dan China. Lim Guan Eng harus teliti dalam menyalahkan kerajaan Barisan Nasional kerana fakta perbandingan tidak boleh ditipu.

Berkaitan akibat perang dagang antara Amerika Syarikat dan China, kenapakah pelabur keluar dari Malaysia dan ringgit bertambah lemah, walhal negara serantau lain seperti Indonesia dan Thailand, ekonomi makin mengukuh. Kenyataan dangkal sebegini hanyalah “general answer” untuk menutup kegagalan diri sendiri.

Terbaru, pengumuman FDI, “Foreign Direct Investment” atau pun pelaburan langsung asing, dibuat dengan retorik menunjukkan kerajaan Pakatan Harapan memperbaiki ekonomi negara sejak pemerintahan Barisan Nasional. Lim Guan Eng mengumumkan Malaysia telah mencapai pelaburan langsung asing (FDI) tertinggi dalam sejarahnya.

Berdasarkan maklumat diperoleh, daripada sejumlah RM21.7 bilion, RM8.4 bilion adalah dari Jepun; RM3.7 bilion dari Austria dan RM2.8 bilion dari Hong Kong. Malangnya, RM8.4 bilion tersebut merupakan hasil penjualan aset Khazanah kepada Mitsui. Malangnya, RM3.7 bilion merupakan hasil penjualan pemilikan 50 peratus saham Sapura Upstream Sdn Bhd oleh Syarikat Minyak OMV berpangkalan di Australia.

Berdasarkan kamus Menteri Kewangan, adakah penjualan aset-aset negara kita menjadi penanda aras FDI? Jika begitu jawapan beliau, seperti yang dinyatakan di dalam sidang media, maka penjualan aset negara adalah baik dari kaca mata Lim Guan Eng.

Dewan Pemuda IKATAN Malaysia mengajak rakyat berfikir sejenak. Adakah penjualan aset utama negara, seperti Petronas misalnya, baik untuk negara? Semestinya jawapannya adalah tidak. Penjualan aset menunjukkan negara memerlukan tunai untuk tempoh masa singkat.

Demi Bangsa Malaysia!

SHAHIR ADNAN
Ketua Pemuda Parti IKATAN Bangsa Malaysia
20 Mei 2019 – HARAKAHDAILY 20/5/2019

- Advertisement -