Konvoi ARC Pemuda Kampar serah sumbangan

- Advertisement -
KAMPAR: Lajnah Kebajikan Pemuda PAS Kawasan Kampar bersama Alternative Riding Club (ARC) telah mengadakan Konvoi dan Ziarah Kebajikan 1.0 di sekitar Kampar, semalam.
 
Ia merupakan sebahagian aktiviti Ihya’ Ramadan Pemuda PAS Kampar yang telah mengumpul sumbangan sebelum Ramadan untuk diserahkan kepada para penerima di dalam bulan ini.
 
Menerusi program ini, konvoi hadir ke kediaman setiap penerima menyantuni mereka dan menyampaikan sumbangan disamping mengeratkan silaturahim bersama masyarakat.
 
Pengerusi Lajnah Kebajikan Pemuda PAS Kampar, Ustaz Amir Morat berkata, program tersebut menyedarkan semua pihak yang terlibat terhadap fadilat membantu golongan fakir miskin.
 
Konvoi dipimpin Ketua ARC Kampar, Abd Hady Azman itu telah menyerahkan sumbangan kepada penerima di Kampung Tebing Tinggi, Kampung Changkat Tualang dan Kampung Changkat Legong.
 
Semua penerima yang sebahagiannya adalah kalangan Assabiqun PAS telah menerima sumbangan berupa keperluan asas dapur bagi meringankan beban hidup mereka. – HARAKAHDAILY 20/5/2019
- Advertisement -