Pemuda PAS, Umno Kedah perkasa taawun

- Advertisement -

ALOR SETAR: Pertemuan Jawatankuasa Dewan Pemuda PAS Kedah bersama Pergerakan Pemuda Umno Kedah, hai ini sebagai merealisasikan usul muktamar dewan terbabit untuk memperkasakan hubungan taawun selain mencari sefahaman mengurangkan perbezaan kedua parti berkenaan.

- Advertisement -

Ketua Dewan Pemuda PAS Kedah, Ustaz Nurul Amin Hamid, ketika dihubungi Harakahdaily berkata, selain mengambil respon kepada usul yang dipersetujui, pertemuan itu juga untuk memberi ruang kepada kedua-dua parti bertukar pandangan serta berkongsi pengalaman.

“Majlis berjalan dengan baik dan lancar dan beberapa sefahaman samada untuk merealisasikan agenda kesatuan Islam mahu pun merangka program-program bersama,” jelas beliau.

Perjumpaan yang diadakan di Pejabat Umno Kedah itu disambut oleh Ketua Pergerakan Pemuda negeri berkenaan, Mohd Fadzil Zulkifli bersama 10 jawatankuasa lain sementara Dewan Pemuda diwakili 15 jawatankuasa termasuk timbalan dan naibnya.

Selain itu, tambahnya lagi, pertemuan seperti itu akan dipanjangkan kepada komponen Barisan Nasional seperti pemuda MIC dan MCA sementara bercadang mengadakan perjumpaan secara berkala bersama pemuda Umno negeri terbabit.

“Dalam perjumpaan ini juga kita menumpukan fokus persediaan menghadapi Pakatan Harapan menjelang pilihan raya akan datang dalam usaha anak muda sebagai penentu kepada kemenangan pembangkang,” ujar beliau lagi.

Oleh itu, pertemuan seterusnya dijangka akan diadakan selepas Hari Raya Idul Fitri nanti. – HARAKAHDAILY 19/5/2019

- Advertisement -