Konvoi Remp-It edar juadah sahur di Lumut

- Advertisement -
LUMUT: Alternative Riding Club (ARC) Jabatan Kesenian, Kebudayaan dan Sukan (DACS) Pemuda PAS Kawasan Lumut telah menganjurkan Remp-It Sahur bersama lebih 30 anggota bermotosikal awal pagi tadi.
 
Diketuai Marshall Remp-It Sahur, Muazam Hafiz Osman, konvoi telah berkunjung ke Stesen Bas Manjung, Hospital Seri Manjung, Institut Kemahiran MARA, Balai Polis Manjung dan PROTELA TLDM di Teluk Muroh, di sini.
 
Konvoi tersebut terlebih dahulu melakukan pelepasan rasmi dari Ketua Pemuda PAS Lumut, Muhammad Nizar Majid yang turut memaklumkan bahawa program rutin Ramadan itu telah memasuki tahun keenam penganjurannya.
 
“Objektif program ini adalah menghargai anggota bertugas selain memupuk semangat kerjasama dan berpasukan dalam kalangan anggota ARC serta memasyarakatkan PAS.
 
“Konvoi ini telah bergerak bersama juadah khas nasi tomato yang diedarkan untuk sahur para anggota perkhidmatan awam yang bertugas,” maklum Pengarah DACS Pemuda Lumut, Muhammad Firdhaus Ahmad Tarmizi.
 
Konvoi Remp-It tersebut selesai jam 5:00 pagi di mana semua anggota terlibat telah diraikan pimpinan PAS Lumut antaranya Ahmad Kamarulnizam Majid dan Ridzuan Shafie bersahur di Marina Cove sebelum solat Subuh berjamaah di Masjid Al-‘Adli. – HARAKAHDAILY 19/5/2019
IMG 20190519 WA0065
 
- Advertisement -