Ameerah Bkt Gantang beri sumbangan Syawal

- Advertisement -
BUKIT GANTANG: Muslimat Muda PAS Kawasan Bukit Gantang atau lebih dikenali sebagai Ameerah telah mengadakan program Sumbangan Dapur Syawal, semalam. 
 
Program ini bertujuan meringankan beban golongan asnaf untuk menyambut Syawal sekali gus memupuk kasih sayang dan mengeratkan ukhuwah silaturahim masyarakat.
 
Ketua Ameerah Bukit Gantang, Wawa Asma Anas bersama anggota dan para sukarelawan telah bertungkus lumus mengumpul sumbangan sebelum penyerahan dilakukan.
 
Semua penerima adalah kalangan asnafnyang tinggal menetap dalam Parlimen Bukit Gantang iaitu di Dun Kuala Sepetang, Dun Changkat Jering dan Dun Trong.
 
Ameerah turut meraikan anak-anak kecil dalam keluarga asnaf dengan menggembirakan mereka menerusi sumbangan duit raya sempena kunjungan yang dilakukan. – HARAKAHDAILY 19/5/2019
IMG 20190519 WA0117
- Advertisement -